<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3265229147195010758\x26blogName\x3dIMANMAL\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://imnmlhh.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://imnmlhh.blogspot.com/\x26vt\x3d5725033192637128348', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


status(23APR17): i need darlwis right now
QUOTES OF THE DAY:





recent update :
Cembur / Rindu / Sayang / Sabar
written on Saturday, April 22, 2017 @ 1:09 PM ✈

Assalamualaikum.

Hi, kita jumpa lagi. Ya, aku lagi... iman. Aku tahu blog aku takda pembaca jadi aku buat keputusan untuk menambah entri harini. 23 April. As u know, aku tak ada siapa lagi nak mengadu atau bercerita soal cinta, hati dan perasaan. I hope u dont mind.

Aku menaip sambil menangis. Sebab aku buntu apa yang jadi sekarang ni. Aku kurang faham sebab benda ni jadi dekat aku selama ni dalam keadaan aku tidak sedar atau separa sedar.  Dalam perasan atau tidak perasan. Aku terluka tapi aku menafikan. Aku bersedih tapi aku diamkan. AKu pun tak pasti jawapannya. Pada pendapat semua, adakah wajar seseorang itu mengambil sedikit masa dan peluang untuk membahagiakan orang yang mereka sayang (pasangan)?

Aku masih dengan orang sama, dulu sekarang dan mungkin seterusnya. Tapi, aku dah lama simpan hasrat untuk bersuara.  Tapi tak ada masa yang kena, tak ada telinga yang nak dengar dan tak ada peluang untuk aku cetita. Aku secara jujurnya sangat cemburu tengok orang sekeliling aku. Bukan cemburu apa, cemburu sebab mereka semua ada orang tersayang membahagiakan hari-hari mereka.

Aku tak kata aku tak pernah bahagia tapi.... aku nampak dia dah kurang beri masa untuk aku. Adakah aku boleh bersedih atau aku patut faham yang dia tu masih belajar. Tapi, orang lain pun belajar, bekerja. Entahlah, aku tak mampu bersuara sebab aku takt dia terbeban dengan apa yang aku nak cakap ni. Aku taknak. Secara jujurnya aku memang tak kuat langsung nak berdepan dengan situasi ni hari iari dan sorang diri. Tapi aku tak ada pilihan. Aku terpaksa.

Okay aku cuba ringkaskan.

Cth: Aku ternampak gambar kawan aku dengan bf dia dekat instagram. Maybe makan sekali, tengok wayang atau cuma jalan-jalan dan berbual kosong. Tapi paling tidak dia ada dengan orang yang dia sayang di samping dia. Dan aku hanya boleh bayangkan dia ada dengan aku pada masa yang sama (sangat mustahil umtuk terjadi) Aku bayangkan setiap detik aku bersama dia, berbual, makan, ataupun menyanyi dalam kereta macam orang gila. Dan perasaan rindu tu pastu ada. Seterusnya, aku pasti akan cemburu sebab org lain dapat apa yang aku mustahil untuk dapat (sebab dia jauh).

Cth: Aku nampak video gf/bf ni buat benda bodoh tapi cute. Maybe membebel, menyanyi atau[un buat muka. Semua aku ingat dekat dia dan aku tetap tak dapat apa yang org lain dapat. Kasih sayang & perhatian.

Cth: Mungkin kalini aku ternampak pasangan dekat shopping mall and gelagat dia sama lebih kurang macam aku dengan dia. Tapi dalam masa yang sama dia tak ada di sisi aku pada masa tu. That makes me so disappointed even more. Sebab selalunya akan ada dia bila keluar mana-mana. Dia ada bila keluar makan, Try new things sama-sama. Buatkan aku lebih rindu dan lebih cemburu.

Dan aku terfikir sesuatu yang logik. Bf kawan aku luangkan masa dengan dia walaupun duduk jauh, walaupun bekerja. Kawan aku bawak gf dia keluar makan walaupun dekat warung tepi jalan. Dan pasangan ni keluar sama-sama window shopping cuci mata, walaupun tak ada duit tapi dia happykan gf dia. Kenapa aku tak ada dekat tempat mereka semua sekarang ni. Kenapa aku hanya jadi si pemerhati? Mana Darlwis? Dia tak sayang aku macam mana kawan aku sayang gf dia ke? Dia tak boleh curi masa macam bf kawan aku curi masa untuk happy kan gf dia ke? Dia tak boleh ke jumpa aku dekat rumah walaupun dia tak ada duit?

Dia sayang aku lagi ataupun tidak? Sebab dulu boleh dan kenapa sekarang tidak? Dulu orang lain yang kagum dengan kami, tapi sekarang kenapa aku yang kagum dengan kehidupan orang lain? Aku ada dia, tapi kenapa aku masih tak rasa dia ada. Aku cuba faham situasi bila dia belajar, duduk jauh ataupun tak ada duit.Aku faham tu sebab tu aku tak pernah luahkan semua ni. Aku terlalu takut kalau ayat aku ni membebankan dia sehari harian dekat sana. Aku taknak tambahkan serabut dekat atas kepala dia yang kena fikir banyak lagi masalah selain hal kami.


Bila sekali aku ada tanya kenapa tak ajak keluar atau datang rumah macam selalu. Cuma nak tengok muka pelepas rindu dah lama tak jumpa. Walaupun kerap gaduh, tapi sayang tak pernah hilang. Kadang-kadang dia cakap tak ada duit nak ajak keluar. Aku tak kisah kalau makan tepi jalan, au tak kisah kalau jalan jalan tak pergi mana mana, luangkan masa tanya khabar, sihat ke tidak, macam mana harini, okay ke. Cuma perbualan pelepas rindu. Kalau dia cakap tak suka kalau keluar tak ada duit, takpa aku ada duit sikit, boleh lepas makan dan minum dan dapat jugak tengok muka masing-masing berbual mesra. Dia tak suka guna duit aku. Yaaa, kalau macam tu kenapa tak simpan duit? Kenapa benda lain boleh korbankan, takkan RM20 pun susah nak simpan. Tapi, aku diam. AKu taknak dia serabut lagi.


Tapi, kenapa dia tak boleh curi masa untuk aku. Kenapa dia tak cuba lagi untik bahagiankan aku. Kalau dia balik, kenapa dia kejarkan benda lain dulu selain aku. Aku faham dia ada minat dia tersendiri tapi bila dah balik takkan tak boleh luang masa untuk aku. Tak boleh ke aku jadi antara orang yang pertama dia nak jumpa dan luangkan masa? Tak cukup minat ke dia dekat aku. Dah hilangkan ke keiginan dia nak bersama dekat dengan aku. Ataupun aku bulan lagi prioriti hidup dia. Erti kata lain, aku tak ada pun tak apa. Macam tu ke?

Aku cuma nak rasa dikasihi, dihargai, nak rasa penting dapam hidup seseorang. Kebahagiaan aku kebahagiaan dia. Kesedihan aku, kesedihan dia. Tak boleh ke.....teruk sangat ke permintaan aku? Wang ringgit boleh dicari kalau ada usaha. Masa dan kesempatan boleh dicuri kalau hati tu nakkan sesuatu. Pilihan di tangan kita. Sama ada nak atau tidak, itu pilihan kita. Aku cuma kesal kenapa jadinya macam ni. Silap dekat mana yang menjejaskan kita sampai macam ni. Salahkah usaha aku untuk tak mebebankan dia.... dan salahkah aku untuk sentiasa menunggu kepulangan dia di sisi aku?

Sesungguhnya perasaan kasih dan sayang ini datang tanpa dipaksa. Semua terletak di hati. Kemahuan melakukan sesuatu itu semuanya pilihan kita sendiri. Keputusan kita sendiri.


Kepada Darlwis,

Aku cuma nak rasa disayangi dan dihargai.
Seperti mana aku sayang dan kasih dkt kau.
Aku berharap kau boleh nampak kewujudan aku di sini.
Aku salah, kau salah. Kita buat kesilapan.
Kita ada pilihan dalam hidup ni,
untuk berusaha ataupun tidak.
Jadi aku pilih untuk teruskan berusaha.
dan, kau?
Pilihlah.
Aku cuma taknak sayang org lain macam mana aku syg kau.
Dan aku yakin, kau masih ada rasa sayang. Cuma kau buntu.
Tak tau nk buat apa. Jadi kau pilihkan untuk berusaha.
Berusaha untuk pertahankan apa yang kita bina selama hampir 6 tahun ni.
Love you, Iman.


0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life