<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3265229147195010758\x26blogName\x3dIMANMAL\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://imnmlhh.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://imnmlhh.blogspot.com/\x26vt\x3d5725033192637128348', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


status(23APR17): i need darlwis right now
QUOTES OF THE DAY:





recent update :
Baru
written on Saturday, January 25, 2014 @ 1:17 AM ✈

Greeting Text

Demaaaaaaaaam. Demam tak kisah lagi. Masalahnya sekarang, sakit badan & batuk. Can u pls imagine it? Masa nak batuk, effect satu badan punya sakit. Sampai tak boleh bangun. Tapi alhamdulillah dah sihat sbb aku bukan jenis demam lama-lama. Serius bersyukur. Tapi bila dah demam memang azab lah sikit, sebab jarang demam kan. Ekceli tak pasti & tak berapa nak konfiden aku nak publish ke tak post ni nanti. Tak ada topik yang spesifik. Semuanya umum apa yg terlintas kat kotak fikiran ni. Haish, lama tak menaip panjang-panjang. Itulah kesannya. Tepu sampai -97`C.

So, tahun 2014 ni aku officially dah tak jadi budak sekolah lagi. Mula-mula memang eksaited habis-habisan sebab tak payah bangun pagi then terus mandi. Sejuk kot. Al maklumlah rumah tite takde water heater. Kalau nak merasa mandi air manas just jerang air & campur dengan air kolah tu. Selesaaaaa. sambung balik pasal sekolah. Naik beberapa minggu selepas 1 Januari 2014, aku dah mula bosan eventho dah takperlu buat hw & sebagainya. Tapi secara jujurnya aku rindu semua kerja sekolah yang pernah cikgu-cikgu kasi dulu. Walaupun tak semuanya aku siapkan 100%. Ihikss.

Zaman sekolah dulu? Eleh aku ni takdelah tunduk sangat. Nakal-nakal biasa tu haruslah. Alah bukan apa, cuma nak kumpul pengalaman, katenyeeee. Kahkahkah. Bila teringat semua, terasa ruginya dah habis sekolah. tak dapat ulang waktu-waktu persekolahan eventho boleh masuk Form 6. Ok taknak Form 6. Muktamad. Result SPM bulan Mac @ April ni. Tak dapat tahu secara langsung lagi. Berdebar tu ofkos lah. Kau gila tak berdebar, tapi tak adalah 24jam nak fikir pasal benda tu je kan? Tapi pernah lah sekali dua terbawak sampai mimpi pasal result SPM 2013. Allahu Akbar. Sabor jelah bila ingat balik apa result masa dlm mimpi tu. Yelah, yelah. Mimpi mainan tidur. Aku mengaku. Yaa.

Sekarang aku dah terniat untuk tekan button 'Publish' sekejap lagi bila aku dah sudah taip. terasa nak berkongsi pulak entri kalini, sebab agak panjang huraiannya. Insyaallah. 


Haa ini gambar agak latest. Seee? Tak banyak perbezaan. Sama & tetap sama. Jangan cakap "Eh ko makin kurus la" "Eh ko makiin gemuk lah". Hello? Aku tetap sama. Emm aku rasalah. Tapi berat bdan mungkin naik akibat pertumbuhan & pembiakan lemak yang kerap berlaku pada bermulanya cuti persekolahan selepas SPM 2013 sehingga kini. Inilah hasilnya. Dalam gambar mmg putih, so jangan salah tafsir keputihan & kecerahan muka aku. Kaki nak? Kulit muka dah kerap mengelupas kot. Mungkin kurang minum air. Yelah, ddk rumah bukan buat apa pun, takde maknanya nak kejar kejar pi dapur semata-mata kehausan. Tidak sama sekali. Sekian. 

Adik aku pun dah naik Form 3 tahun 2014 ni. Alhamdulillah. Harap dia dapat jaga diri dekat sekolah tu bila aku tak sekolah situ dah. Insyaallah. Belajar rajin-rajin adikku. Kakakmu sentiasa mendoakanmu. Ihiksss. Em selain daripada adik aku dah masuk Form 3 tahun ni. Dalam masa yang sama, aku merindui roti hotdog yang jual dekat gerai makcik luar sekolah tu. Masa sekolah dulu kalau ada kelas petang, aku memang tak lari dari beli 3 batang roti hotdog tu. Tak kira kenyang or separa kenyang or lapar. Harapp maklum kerana nafsu makan aku kadang-kala membuas. Hohoho.

Wah wah wah wah. Dah berapa perenggan aku taip ni? lenguh semacam rasa jari ni. Alololo sian jariku. Meh tite picitkan. Eeeeei geli. Eh, perasan tak? Dalam entri ni aku tak sebut lagi pasal schoolmates & classmates kan? Tak apalah. Dalam lain entri nanti Insyaallah aku sebutkan. Insyaallah kalau idea berpanjangan. Al maklumlah otak lama tak berfungsi laju macam zaman sekolah dulu. Sebenarnya aku tak sabar nak dapat result & dalam masa yang sama aku takut result aku tak dapat membanggakan diri aku & ibu, abah & cikgu cikgu yang penat mengajar aku. Nak cepat cepat dapat result sebab nak sambung belajar, Insyaallah. Belajar hidup sendiri. Bukan niat nak jauh dari famili tapi dah sampai masa nak usaha sendiri. Bagi ibu abah rest pulak. Kot? Insyaallah nani dah habis belajar, kerja bagus-bagus, tak payah susahkan dia orang lagi nak kerja keras. Maklumlah tahun 2014 ni abah dah 55 & ibu dah 45. 

Jadi, sampai sini jelah. Sebenarnya banyak lagi nak kongsikan. Tapi untuk mengelakkan terlampau banyak hiruk pikuk & keterlebihan kemengarutan dalam setiap apa yang aku taip, baik aku berhenti dekat sini. Insyaallah kita jumpa lagi. Dan doakan aku supaya dapat kerja secepat mungkin. Ameeeen Ya Allah Ya Rabbi. Dan jangan lupa doakan aku & sobat sobat ku menerima keputusan SPM bagi tahun 2013 yang cemerlang, Insyaallah. Sekian dulu. Assalamualaikum. Fi hizfillah.

Terima kasih kerana membaca.
Salam sayang dari aku : Iman Malihah Bt Kamis.

0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life