<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3265229147195010758\x26blogName\x3dIMANMAL\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://imnmlhh.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://imnmlhh.blogspot.com/\x26vt\x3d5725033192637128348', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


status(23APR17): i need darlwis right now
QUOTES OF THE DAY:





recent update :
Maafkanlah.
written on Saturday, February 16, 2013 @ 11:27 PM ✈

Greeting Text

Perkara lama jangan di kenang. Ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku. Allah dah aturkan semuanya. Sudah tiba masanya aku berubah untuk menjadi yang lebih matang. Lebih matang untuk buat segala keputusan. Aku rasa dah sampai masanya. Dah sampai.



Kadang kadang kita memang rasa diri kita ni hebat. Tapi kita tak perasaan ada yang lebih hebat dari tu. Kita tak boleh hidup dengan menjadi seorang yang pendendam. Cuba ubah. Cuba ubah jadi seorang yang pemaaf. Memang susah. Aku pun rasa susah. Tapi bila aku fikir balik. Kita bukan sesiapa. Kita tak layak menghukum. Pegang satu prinsip yang baru. Kita tak layak menghukum. Siapa yang mencipta, Dialah yang menghukum.

Mula mula memang susah. Aku pun rasa susah. Susah sebab kita dah tanggung semua sakit sorang. Takkan nak maafkan macam tu je kan? Itu maknanya hati kita masih keras. Aku ni seorang yang pendendam. Jauh sekali senang nak maafkan orang. Sebab aku rasa aku dah susah payah tanggung semuanya. Bukan mudah. Bukan! Cuba fikir. Dendam kita  ni nak bawak masuk kubur ke? Tak. Jawapan ringkas.

Biasakan sebelum tidur, maafkan semua orang dan mintak maaf dekat Allah apa yang kita dah buat pada harini dan sebelumnya. Biasakan. Biasakan. Nanti lama lama kita senang nak maafkan orang. Lama-lama aku senang nak lupakan segala dendam aku. Bukan semua. Ya, tapi paling tidak aku dah usaha. Aku akan cuba lagi maafkan semua orang, setiap hari. Aku harap mereka takkan ulangi benda yang sama. Benda yang menyakitkan aku.

Jadi, benda yang sama lah  kita buat dekat orang yang kita sayang dan dia dah kecewakan kita. Kita cuba maafkan dia. Mungkin satu hari nanti dia akan sedar betapa kita berkorban untuk dia. Betapa kita susahnya nak memaafkan dia tapi kita cuba. Kan? Satu pengorbanan yang agak besar. Agak besar. Hilang seseorang yang kita sayang dan terpaksa berlaku gembira. Kita cuba sorokkan kesedihan tu. Moga Allah bukakan pintu hatinya. Moga Allah sudah tetapkan jodoh kalian bersama. Aku tumpang berdoa juga. Aku tumpang bahagia nanti.

Aku? Macam biasa. Sihat? Macam tunggu tarikh luput je. Sakit sama? Macam datang balik je. Dekat sini, aku nak mintak maaf. Aku sedar aku bukan malaikat. Aku ada buat salah banyak. Banyak. Aku dah buat orang keliling aku terluka. Mungkin? Siapa tahu. Aku cuma harap kalian doakan aku sihat selalu. Semakin bersemangat berusaha. Aku nak SPM. Aku nak berjaya. semua orang nak berjaya. Aku tau. Aku pun turut doakan. Aaamiiiinn.

Assalamualaikum,
Iman.



2 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life